Caj Jualan Unit Trust mahal? - Agent Public Mutual

Caj Jualan Unit Trust mahal?

Secara kasarnya, caj jualan unit trust adalah lebih kurang 6%.

Mahalnya! Awal2 melabur dah rugi terus 6%!.

Sabar, setiap pelaburan ada keuntungannya yang tersendiri dan untuk mendapat untung ada mahar yang perlu dibayar.
“Lebih baik melabur dalam saham, lagi murah caj jual beli”.
Ya dan dipersilakan jika anda ada kemahiran melabur dalam saham. Perlu jelas konsep unit trust, ia ibarat kita bagi modal kepada orang tengah (Fund Manager) untuk dilaburkan dalam saham. Sudah semestinya Fund Manager itu pakar dalam pelaburan saham. Jadi, caj jualan ini adalah leverage untuk anda yang tiada modal, masa dan ilmu untuk melabur dalam saham tapi berhasrat untuk mendapat keuntungan dalam saham.
ferguson-infographic22Kalau nak tahu pasukan bola tu hebat atau tidak, kita pasti tengok siapa managernya. Begitu juga dalam unit trust, nak tahu sesuatu dana itu perform atau tidak, kita lihat siapa yang mengurusnya iaitu Fund Manager. Tapi tak adalah sampai nak tahu biografi pengurus dana tersebut, antara salah satu indikator adalah kita lihat bagaimana prestasi dalam masa 5 tahun, adakah dana itu konsisten dalam memberi pulangan.
Jadi, kalau nak untung, pilihlah dana yang boleh memberi keuntungan secara konsisten, andaikata pulangan tahunan 7%, awal tahun pertama kita dah dapat balik modal caj jualan. Untung untuk tahun pertama, 7%-6% = 1%. Itu baru 7%, kalau lebih? Ada ke? Ada, dan ia memang sudah terbukti.
Sebab itu unit trust sesuai untuk jangka masa panjang, lagi lama lagi untung. Ini kerana unit trust ada compounding effect. Tunggu tahun ketiga dan seterusnya, baru anda akan lihat betapa untungnya anda dan berbaloi caj jualan yang dikenakan. Dengan syarat, dana tu mestilah perform, kalau setakat beri pulangan 4-5%, tahun pertama pun masih tak boleh balik modal.
Employment-Solicitors
Sekarang ni, orang awam pun dah boleh analisa dana mana yang perform, lagi-lagi yang ada akaun Public Mutual Online (PMO). Kalau part ni ejen anda tak ajar, lebih baik cari yang lain. Pastikan 6% yang anda rugi pada tahun pertama membuatkan anda ada nilai tambah (added value) pada diri anda sendiri iaitu ejen yang boleh memberi tunjuk ajar, bukan sekadar menjual.

Berminat untuk melabur dengan selamat?
Whatsapp Fatin 016-391522
11136203