Apa itu UNIT TRUST?
“Kawan saya ajak melabur dalam Unit Trust, bagus kata dia. Saya join je, tapi apa benda Unit Trust ni sebenarnya?”
Unit Trust adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengutip duit orang ramai (bukan derma!) supaya syarikat dapat melaburkan duit tersebut bagi pihak orang ramai, menerusi ikatan amanah.
Konsep mudah:
kita minta orang lain urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.
kita minta orang lain urus dan laburkan duit kita. Berikan kepercayaan anda kepada Fund Manager untuk kembangkan duit anda.
1. Unit Trust = Unit Amanah = Amanah Saham.
Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah sejenis dana unit trust). Bezanya keuntungan ASB dalam bentuk dividen + bonus sedangkan keuntungan Unit Trust melalui dividen + kenaikan harga unit dana.
2. Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.
2. Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.
UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.
Sehingga 31 Oktober 2016, terdapat 37 Syarikat Pengurusan Unit Amanah. Antaranya adalah PMB Investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, CIMB Principal, Kenanga, RHB Asset Management, Eastspring Investment dan banyak lagi.
3. Fund / Dana = Tabung
Setakat 31 Oktober 2016, terdapat 641 dana yang diluluskan di Malaysia dan 199 daripadanya adalah berasaskan patuh syariah (Islamic Fund). Sumber : Suruhanjaya Sekuriti
Antara dana yang popular (beri pulangan yang tinggi) adalah Kenanga Syariah Growth Fund, Eastspring Investments Dana Al-Ilham, PMB Shariah Aggressive Fund.
“Bro, apa maksudnya melabur Unit Trust tanpa guna duit poket?”
Maksudnya, selain tunai, pelabur juga boleh menggunakan sebahagian dari Akaun 1 KWSP. Namun ia hanya tertakluk kepada dana yang diluluskan oleh KWSP sahaja. Rujuk Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP.
Namun melabur guna KWSP ni agak leceh. Hanya boleh dikeluarkan sekali setiap 3 bulan. Maknanya setahun 4 kali kena isi borang.
“Dekat mana Unit Trust tu laburkan duit kita?”
Contoh : Apabila kita kita beli unit trust yang berasaskan ekuiti, sebenarnya kita melabur dalam pasaran saham (Bursa Malaysia atau pasaran saham dunia). Cuma yang tolong jual beli saham tu adalah fund manager yang dilantik.
“Berapa minimum untuk mula melabur dalam Unit Trust?”
Nilai minimum untuk pelaburan adalah berbeza-beza mengikut mengikut syarikat atau dana. Selalunya sekitar RM100 – RM1,000.
“Berapa purata pulangan Unit Trust ni?”
Secara keseluruhannya, daripada laporan BANK NEGARA (2002 – 2012) purata pulangan
Akaun simpanan bank biasa : 1.3%
Simpanan Tetap (FD) : 3.47%
Unit Trust : 9.78% (Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia)
Simpanan Tetap (FD) : 3.47%
Unit Trust : 9.78% (Purata pulangan semua dana ekuiti di Malaysia)
“Mahal tak kos pengurusan Unit Trust ni?”
Disebabkan kita menggunakan khidmat pengurus dana untuk melaburkan duit kita, terdapat fees yang dikenakan
- Sales charge : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian
- Management fee : dikenakan setahun sekali
- Trustee fee : dikenakan setahun sekali
- Switching fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
- Redemption fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.
.........................................................
Berminat untuk melabur secara selamat?
Berminat untuk melabur secara selamat?
Fatin | 016-3915224
11136203
Agent Public Mutual
Agent Public Mutual