Panduan Memilih Dana - Agent Public Mutual

Panduan Memilih Dana

Panduan memilih dana yang sesuai untuk anda bergantung kepada objektif pelaburan dan tempoh pelaburan anda. Ini juga haruslah sesuai dengan kesanggupan anda menerima risiko.
Anda berumur 30 tahun dan objektif pelaburan ialah untuk memaksimakan pertumbuhan modal. Anda boleh menerima risiko kerugian demi mendapatkan potensi pulangan yang sangat tinggi dalam jangka panjang. Tempoh masa pelaburan melebihi 10 tahun.
Penilaian kesesuaian pelabur berdasarkan faktor-faktor di atas membolehkan anda melabur ke dalam dana pertumbuhan atau yang setara risiko dengannya.
Daripada ratusan nama dana bagaimanakah anda memilih dana pertumbuhan yang terbaik? Adakah cukup sekadar melihat pulangan tahunan sahaja? Apakah yang perlu anda lihat dan bandingkan?
#1 Fund Volatility
Volatility daripada segi istilah membawa maksud tahap risiko sesuatu dana. Dua dana yang mempunyai objektif pelaburan yang sama dan pulangan yang sama tidak semestinya membawa tahap risiko yang sama.
Contohnya, RM 10,000 dilaburkan masing-masing dalam Dana A dan Dana B pada tahun 2010. Pulangan untuk kedua-dua dana seperti di dalam jadual di bawah. Dana A memberi pulangan dalam julat 8 hingga 10% manakala Dana A memberi pulangan dalam julat -5% hingga 23%.Fund Volatility tahap risiko unit trust
Pada tahun 2015, nilai pelaburan adalah sama untuk kedua-dua dana. Masing-masing memberi keuntungan sebanyak RM 5,244.
Pun begitu Dana B membawa lebih banyak risiko kerana pulangan antara tahun ke tahun jauh berbeza. Sedangkan Dana A lebih mudah untuk menjangkakan pulangannya.
Pelabur yang bijak mesti memaksimakan keuntungan dan meminimumkan risiko. Apa yang kita cari ialah dana dengan pulangan yang tinggi dan Fund Volatility yang rendah. High return, low risk
Terdapat juga dana yang bukan hanya tinggi Fund Volatility tetapi rendah pula pulangannya. Dana seperti ini harus dielakkan. Low return, higher risk.
Untuk memudahkan pelabur membuat perbandingan, Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM), memperkenalkan Fund Volatility seperti yang ditarafkan oleh Lipper.
Inilah contoh symbol yang perlu anda faham untuk menilai tahap risiko sesuatu dana. Dalam contoh ini Fund Volatility ialah 2.7 dan sangat rendah. Lagi rendah angka ini lagi rendah risikonya.
Fund Volatility lipper tahap risiko unit trust
#2 Total Expense Ratio (TER)
TER bermaksud peratusan daripada asset dana ditolak oleh syarikat unit amanah untuk kos pengurusan dan operasi. Empat kos utama adalah
  1. Annual Management Fee
  2. Trustee Fee
  3. Audit Fee
  4. Direct Administrative costs
TER biasanya diantara 1.5% dan 1.9% setahun. Lagi rendah lagi bagus. Untuk perbandingan TER, anda boleh rujuk laman web Morningstar Malaysia.Perbandingan dana unit trust
TER dana jenis indek biasanya amat rendah. Ini kerana tugas pengurus dana hanya melabur ke dalam saham mengikut komponen indek.
Dalam contoh di atas, dapat dibuat perbandingan antara PMB Shariah Index dan Manulife Investment Syariah Index masing-masing dengan Totol Expense Ratio 0.44% dan 1.63%.
Manulife Investment Index diurus seperti indek tetapi mengenakan caj pengurusan seperti dana equiti pertumbuhan. Anda makan ikan kering tetapi diminta bayar ikut harga kambing.
Jika dua dana yang melabur mengikut indek, maka pilih TER yang rendah.
#3 Caj Jualan
Pelabur akan dikenakan caj jualan untuk setiap pelaburan baru ke dalam unit amanah. Ibarat bayaran tol untuk masuk lebuhraya. Contohnya jika caj jualan 5.5%, berapakah jumlah pelaburan bersih jika pelabur ingin melabur sebanyak RM 1000?
Jawapannya ialah: RM 1000/(1+0.055) = RM 947.87.
Bermakna RM 52.13 telah ditolak daripada modal pelaburan asal. Kos ini berkaitan dengan kos pemasaran dan kos servis yang diberikan oleh agen unit amanah.Perbandingan antara dana unit trust
Lebih rendah caj jualan lebih banyak duit anda yang bekerja untuk anda. Oleh itu pastikan caj jualan yang anda bayar setimpal dengan pulangan pelaburan dan perkhidmatan yang diberikan oleh agen unit amanah.

Kesimpulan

Perbandingan antara dana bukan sekadar melihat pada prestasi semata-mata. Kita telah lihat dua dana yang memberi pulangan yang sama membawa tahap risiko yang berbeza-beza.
Struktur kos pengurusan dan caj jualan haruslah berpadanan dengan jenis dana dan pulangan yang diberikan pelabur. Contohnya, simpanan tetap atau fix deposit tidak ada caj jualan dan caj pengurusan. Ini bersesuaian dengan tahap risikonya.
Pun begitu pulangannya tidak akan melebihi kadar inflasi dan akan ada penalti jika dikeluarkan pelaburan sebelum tempoh matang.

Berminat untuk melabur secara selamat?
Fatin 016-3915224
11136203
Agent Public Mutual