Kenapa Perlu Melabur? - Agent Public Mutual

Kenapa Perlu Melabur?

Kenapa Melabur? Tak Cukup Ke Dengan Wang Sekarang?

Selalu soalan “kenapa melabur” menjadi soalan harian pada mereka yang tidak melabur. Sebelum anda baca kenapa melabur ini adalah keperluan, baca dahulu mengenai wang. Wang memainkan peranan penting dalam dunia sebagai urusan jual beli dan juga membina kekayaan untuk masa depan anda. Wang bukan sekadar digunakan untuk membeli keperluan harian seperti makanan dan minuman, ia juga diperlukan untuk membuat pembelian tempat berteduh anda dan juga pendidikan anak-anak anda.
Rata-rata daripda kita tidak tahu bagaimana menggandakan wang melalui pelaburan sebaliknya ramai terjebak dengan skim cepat lingkupakibat kurangnya ilmu dan tidak tahu mengenai pelaburan yang sah dah selamat.
Tidak kira umur anda berapa, anda perlu mula melabur sekarang untuk memastikan anda menjaga wang anda untuk masa depan anda daripada segi gaya hidup, persaraan dan sebagainya. Cabaran hari esok kita tidak tahu, dan penting untuk kita melabur wang yang ada supaya dapat digandakan melalui instrument yang betul.
Kami senaraikan 3 sebab kenapa melabur itu merupakan satu keperluan, dan kenapa ia untuk semua orang, bukan hanya untuk orang kaya :

#1 Inflasi

Menyimpan dengan melabur lain ke? Sebelum menjawab soalan ini kita fahamkan maksud menyimpan dan melabur terlebih dahulu.
Menyimpan bermaksud kita simpan duit melalui banyak cara. Ada orang membuat potongan gaji bulanan, ada yang simpan duit dalam tabung mengikut warna wang dan ada juga yang menyimpan di bawah bantal (gaya orang lama).
Melabur pula, kita meletakkan wang ke sesuatu tempat, dan wang tersebut boleh digandakan dengan risiko yang ada, melalui instrument-instrumen tertentu. Apabila wang digandakan mengikut peratusannya, maka ia dipanggil pulangan keuntungan atau Return of Investment (ROI).
Jadi, kalau simpan di ASB atau Tabung Haji, dapat dividen tahunan dikira melabur ke sebenarnya? Jawapannya adalah ya, anda melabur dalam ASB atau Tabung Haji.
Selain daripada itu, anda boleh melabur dalam bidang hartanah, saham, Forex dan unit amanah.
Jadi anda tahu perbezaan menyimpan adalah wang tidak digandakan mengikut ROI manakala melabur bermaksud, ada keuntungan yang bakal diperoleh.
Wang yang disimpan boleh susut nilainya disebabkan inflasi. Lihat gambar di bawah, anda boleh faham dengan mudah maksud inflasi.
Inflasi setiap tahun semakin meningkat dan jika anda tidak gandakan wang anda melalui pelaburan, maka anda akan kehilangan nilai wang tersebut. Betul lah kan? RM50 dulu, penuh 1 troli di pasaraya, sekarang RM50 di kedai runcit pun dah boleh habis guna.

#2 Persaraan

Apabila anda faham apa itu inflasi, anda boleh mula buat kira-kira, jika anda bersara pada tahun 2030, wang persaraan / simpanan anda sebenarnya tidak sama nilainya dengan kiraan tahun ini. Ditambah lagi dengan kos tambahan seperti kos perubatan, kos gaya hidup dan sebagainya.
Dan jika anda tahu cara untuk ambil peluang melalui pelaburan, anda boleh bersara awal. Bersara awal? Impian semua orang kan? Jika anda mahu bersara awal, pelaburan merupakan salah satu daripada cara untuk anda berhenti bekerja.
Diibaratkan, anda jadikan wang bekerja untuk anda dan anda tidak perlu bekerja lagi. Wang boleh digandakan melalui pelaburan yang and pilih, dengan janji yang anda mula belajar melabur sekarang, penat sekarang untuk rehat kemudian.
Kita ambil kiraan mudah, katakanlah gaya hidup anda sekarang memerlukan perbelanjaan bulanan sebanyak RM3,000. Pelaburan anda setahun memberikan anda ROI sebanyak 10%. Berapakah nilai yang perlu dilaburkan untuk mendapatkan RM3,000 sebulan?
Setahun 12 bulan bersamaan dengan RM36,000 setahun maka anda perlu laburkan RM360,000 untuk dapatkan RM36,000  (ROI 10%) untuk anda bersara awal dengan gaya hidup anda sekarang. Nampak macam banyak kan RM360, 000 tu?
Mula menyimpan sekarang kemudian laburkan duit simpanan dan gandakannya. Jangan lambat, nanti anda juga akan bersara lambat.

#3 Kekayaan

Ramai daripada kalangan kita tersalah anggap bahawa pelaburan hanyalah untuk orang kaya. Salah sama sekali tanggapan itu. Sesiapa yang ada modal boleh melabur. Anda bekerja, anda menyimpan sedikit demi sedikit, sebahagian daripada simpanan anda boleh dijadikan modal untuk melabur.
Daripada ilmu yang ada, dengan modal yang anda sudah buat kira-kira, anda boleh bina kekayaan sendiri. Banyak instrument ada untuk anda bina kekayaan dan aset, yang paling penting adalah ilmu dan komitmen anda.
Jadi, tahu dah kenapa kena melabur? Nampak kan arah tuju melabur ni ke mana? Jika nampak kenapa melabur, mulakan pembelajaran dalam bidang pelaburan hari ini. Saat ini juga untuk anda bermula awal untuk anda melawan inflasi, membina kekayaan dan bersara awal.
Tidak mudah tetapi tidak susah. Apa yang diperlukan adalah komitmen anda untuk belajar mengenai pelaburan dan pastikan anda tahu kenapa melabur menjadi pilihan untuk menggandakan wang.

Berminat untuk melabur dengan selamat?
Whatsapp Fatin 016-3915224
11136203
Agent Public Mutual